Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan
Assalamualaikum w.b.t.

Rabu, 8 September 2010

Hari ini 29 Ramadhan




Sedih rasa hati..

Ramadhan yang menjanjikan seribu satu hikmah akan meninggalkan kita semua.

Ramadhan yang di dalamnya terdapat malam lailatulqadar.

Ramadhan yang mewajibkan seseorang itu menahan diri daripada makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa.

Sayu.

Mungkin orang yang tidak menghayati Ramadhan akan bergembira. Kerana bulan Ramadhan akan meninggalkan mereka. 

Sekarang sudah kedengaran lagu raya dimainkan di kaca TV mahupun koncong radio.

Syawal bakal tiba tetapi ianya belum tiba. Sekarang masih Ramadhan. Janganlah menSYAWALkannya. Apa gunanya Aidilfitri disambut sekiranya kita 'tewas' semasa bulan Ramadhan?Bukankah Aidilfitri itu disambut kerana meraikan kejayaan pada Bulan Ramadhan?

Beginilah senario umat yang dicemburui oleh umat-umat yang terdahulu.

Beginilah keadaan umat yang disaat kematian Rasulullah baginda masih menyebut Ummati,Ummati..

Amat terkilan rasanya apabila AJK PPIK 2010 menyebut sewaktu perhimpunan jumaat bahawa terdapat pelajar kolej yang tidak berpuasa.

Ditambah lagi dengan berita yang sampai ke telinga yang terbukti kesahihannya mengatakan bahawa terdapat pelajar muslim yang meneguk minuman coca-cola sewaktu bulan Ramadhan tanpa segan silu!

Allah hu akbar!

Sekiranya beginilah perkara yang terjadi pada umat sekarang,hilanglah kecantikan umat ini hanya disebabkan oleh seorang dua pelajar yang mencemarkan nama agama Islam!

Tidak puaskah mendengan nama Islam disebut-sebut sebagai TERRORIST         di negara luar?Mengapa hendak menambah kutukan terhadap agama ini lagi?

Mungkin 'mereka' tidak merasa jerit payah Rasulullah s.a.w. menyebarkan dakwah bagi menyebarkan Islam.

Mungkin 'mereka' tidak merasa kepayahan AJK PPIK menyebarkan tanggungjawab sehingga 'mereka' sanggup menyindir orang yang hendak menyampaikan rialah kebenaran itu sendiri.

Contoh yang paling mudah ialah apabila AJK PPIK menyampaikan tazkirah, 'mereka' ketawa,ya, mereka ketawa.Tidak kurang juga terdapat dalam kalangan mereka yang menyindir AJK PPIK yang mengetuai bacaan Doa Wahdah.

Cubalah berada di tempat mereka baru anda merasa bagaimana susahnya bercakap dan tampil di hadapan orang ramai.

Tahu kritik belakang-belakang sahaja tidak berguna.

Bagilah nasihat dan teguran barulah tidak timbul perbalahan. Barulah Islam dikatakan sebagai agama toleransi.

Sebenarnya wadah ditulis bukan untuk menyindir 'mereka' itu walaupun menyindir juga boleh termasuk dalam cara mengelakkan mungkar.

Tetapi wadah ini ditulis agar 'mereka' itu sedar akan kesalahan mereka. Barulah pelajar Islam di Kolej akan bersatu padu.

Akhirul kalam,
Harapan agar pelajar Islam kolej terus menerus mempertahankan kesucian agama Islam tersebut.JANGANLAH KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.

Semua yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang kurang baik itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Sekian,Assalam.Islam selamanya.

1 ulasan: