Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan
Assalamualaikum w.b.t.

Ahad, 12 September 2010

Lebaran sudah menunjukkan wajah!

Nampaknya Syawal pun sudah menjelang.

Alhamdulillah..

Di kesempatan ini saya ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya ada tersalah apa-apa yang tidak seharusnya dilakukan oleh seorang manusia yang waras pemikirannya.
Di samping itu kepada sesiapa yang telah mengunjungi rumah saya ucapan terima kasih sahajalah yang dapat diberikan kerana turut tersenarai sebagai manusia yang telah  memakmurkan rumah saya.

Baiklah,jika kita lihat daripada perspektif yang lain,aidilfitri ini disambut sebagai hadiah kepada umat Islam setelah sebulan berpuasa.Jadi,seeloknya kita sambutlah Aidilfitri dengan ala-ala kadar sahaja.Tidak perlulah berkaraoke sehingga mengganggu ketenangan prang lain.Tidak perlulah memasang lagu raya kuat-kuat.Apalah salahnya sekiranya kita bertakbir raya bersama-sama dengan ahli keluarga.Paling tidak pun kita bertakbirlah seorang-seorang.

note: Penatlah jugak beraya tahun ni.Paling tidak dapat dilupakan adalah kunjungan daripada kawan-kawan sekolah dahulu dan bersembang-sembang dengan mereka.Alangkah indahnya.Begitulah hikmah di sebalik aidilfitri nih.Dapat mengeratkan ikatan silaturrahim.Semoga aidilfitri tahun-tahun depan lebih baik.Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan