Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan
Assalamualaikum w.b.t.

Rabu, 15 Disember 2010

Kita begitu lemah.Hanya Rabb yang menguatkan kita.














"Bah.Kelak pagi bangun pukul 3.00 pagi ,Syukri".Kata kawan saya.

Saya melihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12.00 malam.Astaghfirullah masa berlalu begitu pantas.Sebenarnya malam itu saya dan kawan saya telah menghabiskan masa prep dengan mengulangkaji pelajaran Biologi (memandangkan saya memang lemah Biologi) dan berazam ingin menghabiskan silibus matapelajaran setakat yang termampu pada keesokan paginya.

"Hmm.Pukul 4.00 pagi boleh  la Min".Balasku selamba.

Saya tahu bangun pada pukul 3 pagi akan membuatkan diri berasa letih kerana keletihan.Kalau tidur yang cukup,pukul 4 boleh tahan lagi fikirku dalam benak fikiran.

"Ok.Pukul 4 ok.Jangan ko tak bangun pulak!"Kata kawan saya.

"InsyaAllah.Jangan lupa gerak pulak".Balasku.

"Jap.Ku set alarm lok.Baruk dapat bangun."Jawab kawanku mengakhiri perbualan.

Selepas selesai mengeSET alarm,kami turun berjalan menuju ke bilik.Sesampainya di bilik,saya terus menuju ke katil.Tanpa membuang masa saya terus mencuba melelapkan mata.Alhamdulillah tidak lama selepas itu saya telah terlelap.Seperti biasa,sayalah manusia yang senang tidur lena tanpa perasan apa-apa yang berlaku di sekeliling saya semasa tidur.

                                                     *  *  *  *  *  *  *  *

"Bangun Syukri,bangun."Kata kawan saya.

Saya segera melihat jam di tangan.Tepat pukul 4 pagi.

"Baiklah.Pergilah awak sembahyang tahajjud dahulu.Lepas ini saya pergi pulak".Kataku separuh sedar.

Kawan saya pergi mengambil air sembahyang dan kembali masuk ke bilik seraya mengerjakan solat tahajjud.Tanpa semena-mena saya segera meneruskan tidur sehinggalah waktu Subuh mendatang.Sesedarnya saya,timbul penyesalan dalam diri menyesal.Pagi itu bukan setakat terlepas tahajjud tetapi terlepas belajar juga.Sejak hari itu saya telah menanamkan hajat untuk menguatkan diri agar dapat bangun awal pada hari berikutnya.Alhamdulillah ada sebahagian hari saya dapat bangun awal dan sebahagian lagi tidak berjaya.

Begitulah serba sedikit rentetan cerita betapa lemahnya diri saya ini.Sebetulnya saya berasa bersyukur.Dapat bangun pagi,menunaikan solat tahajjud merupakan anugerah yang saya sering rindukan sehingga sekarang.

Lemah.

Kita memang lemah.Tanpa pertolongan daripada Allah kita hanyalah tidak mampu menjadi kuat.

Kebanyakan orang yang kuat menjadi RIAK kerana kekuatan yang sedikit.

Lemahnya manusia.

Ramai orang berjaya di dunia berbangga dengan apa yang mereka ada.Kemudian timbullah rasa takbur dalam diri.

Lemahnya manusia.

Betapa ramai orang kaya menjadi sombong dan angkuh kerana kekayaan yang Allah berikannya?

Lemahnya manusia.

Tidak kurang juga mereka yang dikurniakan Allah sedikit kepandaian dalam sesuatu bidang.Mulalah mereka mengharapkan pujian dan penghormatan dari orang.

Lemahnya manusia.

Sememangnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

Lemahnya kita.Bila diuji dengan ujian yang sedikit mulalah melatah.Mengkomplen.Mengkritik.

Tiada apa yang tidak ingin dikritik sekiranya apa yang terjadi tidak diingini.Begitulah manusia.Belajarlah daripada ujian yang Allah berikan.Apa sahajalah ujian yang diturunkan berbanding ujian umat terdahulu.

Terkadang terfikir juga saya sendirian.Lemahnya saya ini memang terserlah.Saya kurang dapat mengawal diri daripada terus-terusan online.Saya mencuba untuk mencari kembali hobi membaca saya yang telah 'hilang'.
Saya tercari-cari kembali dimana hilangnya semangat untuk menunaikan solat sunat selepas Isyak.Tetapi saya tidak akan biarkan kelemahan itu sebagai alasan.Kerana orang yang gagal selalu mencari alasan untuk menggembirakan hati sendiri.

Terkadang saya berfikir sejenak.Adakah saya akan menjadi sebahagian daripada 'dunia tanpa sempadan' ini?

Ruang untuk mengonline terbuka luas.Saya risau kerana kelemahan diri akan menghumban saya ke kancah jaringan maya yang menyesakkan.InsyaAllah saya akan cuba untuk mengehadkan masa online dan menambahkan masa untuk membaca buku.

Ya Allah Jauhkanlah kami dari pada sikap LEMAH danMALAS.Sesungguhnya engkaulah penolong kami.Amin ya Rabbal Alamin..

Sabtu, 11 Disember 2010

BEBAS jangan sampai terBABAS!!


Bebas.

Begitulah perasaan yang dilalui oleh pelajar-pelajar yang baru selesai menghadapi peperiksaan SPM..
Ada yang gembira kerana usaha selama 2 tahun telah diluahkan pada kertas-kertas soalan SPM dengan jayanya.Tidak kurang juga dengan pelajar yang telah berjuang "bermati-matian" sebelum peperiksaan SPM.Ada yang berpuasa main game,berpuasa maggi,puasa anime,puasa mesej,puasa sunat dan banyak lagi puasa yang sama waktu dengannya.

Betul.Tidak salah berpuasa daripada benda-benda yang boleh mengganggu kita daripada belajar.Malah berpuasa daripada perkara-perkara tersebut sangatlah besar manfaatnya.

Jika dahulu diri sering terpengaruh dengan tawaran kawan-kawan untuk memecahkan puasa itu tetapi sekarang sudah tidak berpuasa lagi.Sekarang sudah tiba ganjaran untuk diri sendiri atas segala usaha sebelum peperiksaan .

Tetapi dalam kebebasan itu agama tetap mengajar kita agar sentiasa bersederhana.Jangan terlalu gembira kerana ujian ini masih terlalu kecil bagi kita.

Walaupun kita berasa kita sudah tidak dikongkong lagi,tetapi selalulah beringat.Bebas bukan bererti kita boleh berbuat apa sahaja.

Dalam kita bergembira huhuhaha janganlah kita lupa pada Yang Esa.Kerana apa yang ada semua miliknya. Pendek kata Bebas jangan sampai terBabas kerana parah sekiranya sudah terbang bebas terlalu tinggi. Kalau jatuh kan parah!

Berusahalah jauh-jauhkan diri dengan maksiat.

Dekat-dekatkan diri dengan taubat.

Ya Allah kami memohon kekuatan daripada-Mu agar engkau selalu kuatkan hati kami daripada segala ujian duniawi ini.Engkau tetapkanlah iman kami.Sesungguhnya dari Engkau kami datang dan kepada Egkau kami kembali.Amin Ya Rabbal 'Alamin..